Iklan

22 Ogos 2010

Pengenalan kepada Closed-Circuit Television (CCTV)

Closed-circuit television (CCTV) adalah kamera yang merakam imej video dan menghantar isyarat video komposit tempat-tempat tertentu. CCTV sering digunakan untuk tujuan pengawasan yang biasa terdapat di bank, lapangan terbang, bangunan-bangunan malah sekarang ini juga digunakan di rumah-rumah.

CCTV pertama telah dipasang oleh syarikat Jerman Siemens AG pada Test Stand VII di Peenemünde, Jerman pada tahun 1942, digunakan untuk memerhati perlancaran roket V-2. 

Kelengkapan Sistem CCTV

Terdapat dua kelengkapan utama untuk mengoperasi sistem ini iaitu:

1)  Kamera

Kamera CCTV berfungsi sebagai alat perakam imej bergerak (video) dan menukarkannya kepada isyarat video komposit. Terdapat beberapa jenis kamera yang berbeza dari segi kualiti, penggunaan dan fungsi-fungsinya. Setiap kamera akan disambungkan ke Digital Video Recorder (DVR) secara langsung.

Contoh Kepelbagaian Jenis CCTV


2) Digital Video Recorder (DVR)

DVR adalah sistem yang digunakan oleh CCTV untuk merakam video dalam bentuk digital. Kepelbagaian jenis DVR akan dibincangkan oleh artikel yang akan datang.

Contoh DVR
Gambar rajah di bawah menceritakan bagaimana penyambungan satu sistem CCTV.


Pada masa kini terdapat pelbagai lagi jenis sistem CCTV hasil daripada penyelidikan dan kemajuan berterusan. Antaranya seperti kepelbagaian DVR yang boleh disambungkan ke talian internet, sistem pemantauan berkomputer dan yang menjadi perhatian masa kini adalah IP Camera.

IP Camera (Sumber: Wikipedia)
 Sistem IP (Internet Protokol) Camera menghantar isyarat video dan audio melalui jaringan tanpa wayar dengan memakai protokol TCP/IP.Menarik sistem ini, ianya boleh dipantau di mana sahaja melalui internet. Ia juga tidak memerlukan DVR. Artikel berkenaan IP Camera akan diterangkan secara terperinci pada catatan akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan