Iklan

29 Oktober 2010

Penggunaan CCTV di Kawasan Tertentu

Artikel ini membincangkan bagaimana sistem CCTV itu berguna dan bermanfaat di satu-satu kawasan.

1)  Rumah/Kediaman

Dengan adanya CCTV di kawasan rumah ataupun kediaman, anda dapat memantau dan mengawasi segala apa yang terjadi di sekeliling rumah. Selain itu, sistem ini juga sekarang ini juga digunakan untuk memantau dari jauh keadaan rumah, aktiviti pembantu rumah, babysitter serta pergerakan anak-anak yang berada di dalam rumah.

Selain Alarm, CCTV juga perlu untuk melengkapkan lagi sistem keselamatan rumah


2)  Kedai/Premis Perniagaan

Sistem CCTV berperanan untuk mengawasi dan memantau apa yang berlaku di dalam premis ini. Selain itu ia juga digunakan untuk memantau pekerja serta keadaan kedai secara real time dari jarak jauh. Jika berlaku perkara seperti kehilangan atau kesilapan meletak barangan atau kecurian/rompakan atau apa sahaja berkaitannya, sistem CCTV ini sangat membantu untuk mengesan dan mengimbas kembali peristiwa yang berlaku sebelum itu seperti yang dapat disaksikan video di bawah ini.




3)  Pejabat

Di pejabat, sistem CCTV biasanya digunakan untuk memantau keadaan semasa pejabat dan juga aktiviti kaki tangan di dalam pejabat semasa menjalankan tugas. Dengan adanya sistem ini di pejabat ianya dapat meningkatkan lagi produktiviti kerja di samping berperanan untuk mengimbas kembali sebarang peristiwa jika terjadi sesuatu perkara.



4)  Gudang/Stor

Sistem CCTV di dalam gudang dapat membantu mengesan dan memantau pergerakan keluar masuk barangan serta petugas yang bekerja di dalamnya. Jika terjadi kejadian seperti kehilangan barangan, rompakan, kecurian dan sebagainya, CCTV ini dapat mengesannya. Sistem pemantauan jarak jauh juga membantu untuk membuat tindakan selanjutnya jika terjadi sesuatu perkara apabila dipantau dari jarak jauh.

Pemantaun gudang jarak jauh dengan menggunakan telefon bimbit


5)  Kawasan/Perkarangan

Biasanya CCTV digunakan di kawasan atau perkarangan seperti perkarangan sekolah, jalan-jalan raya utama, dataran dan sebagainya untuk memantau keadaan semasa kawasan tersebut. Di samping itu, jika sesuatu insiden di dalam kawasan pemantauan itu, sistem ini boleh mengimbas kembali kejadian itu dan juga boleh menjadi bukti. Ia juga sedikit sebanyak mampu mengurangkan kejadian jenayah yang tidak diingini.

Penggunaan CCTV di kawasan tumpuan

24 Oktober 2010

Antara Kegunaan CCTV

Di antara kegunaan CCTV adalah untuk memantau dan mengesan sesuatu yang berlaku di dalam premis. Video di bawah adalah salah satu contohnya. Selamat menonton.

19 Oktober 2010

Magnetic Door Sensor

Magnetic Sensor pada pintu
Magnetic door sensor atau detector merupakan pengesan yang boleh mengaktifkan sistem alarm yang biasanya dilekatkan pada tingkap dan juga pintu premis. Sensor ini membentuk medan magnet apabila pintu ataupun tingkap ditutup. Apabila pintu dibuka, medan magnet ini akan terganggu dan satu signal akan dihantar ke unit kawalan (control panel) untuk mengaktifkan alarm.






  Ciri-ciri Wireless Magnetic Sensor dari Northtronic

Wireless Magnetic Sensor

  • Design yang nipis sesuai dilekatkan di sliding window dan juga pintu.
  • Duo magnet. Sesuai digunakan untuk pintu masuk dan jendela-jendela yang mempunyai dua daun pintu yang menghala ke arah kiri dan kanan.
  • Penggunaan tenaga yang menjimatkan.

14 Oktober 2010

Standalone DVR - Pengenalan

Digital Video Recorder adalah salah satu peralatan yang digunakan untuk sistem CCTV pada masa kini. Standalone di sini bermaksud DVR ini yang merangkumi pelbagai fungsi dicipta ke dalam satu kotak dan berfungsi sendiri sepenuhnya tanpa bantuan peralatan lain seperti PC. Di dalam kotak DVR ini terdapat power sources, CPU dan beberapa lagi berkaitan dengan DVR. Sebagai alat penyimpan data (rakaman video) alat ini memerlukan hard disk yang diletakkan pada satu bahagian di dalam kotak ini.

Contoh Standalone DVR



09 Oktober 2010

IP Camera Part 1 Introduction

An Internet protocol camera, or IP camera, is a type of digital video camera commonly employed for surveillance, and which unlike analog closed circuit television (CCTV) cameras can send and receive data via a computer network and the Internet. IP cameras are cameras that work with digital technology.


IP Camera


Webcam vs. IP Camera


Webcam
A webcam is a video capture device that is connected to a computer or computer network, often using a USB port or, if connected to a network, Ethernet or Wi-Fi. Unlike webcam, IP camera has the computer component within camera. Normally a webcam requires a connection to a single PC. The data will only be sent to the internet if there is a connection to the PC. IP camera in contrast with webcam can send the data alone to the other stations.

Webcams are usually used as simple devices for communication among internet users. The most popular use is for videotelephony, permitting a computer to act as a videophone or video conferencing station. This can be used in messenger programs such as Windows Live Messenger, Skype and Yahoo! messenger services.

IP cameras provide more functions than webcams, for example, they are often equipped with motion sensors and night lenses. IP cameras are used primarily for survillance system in the same manners as analog closed-circuit television. Besides that, IP cameras are also important for tourism industry, traffic control  and the like. Unlike CCTV cameras, IP cameras can be easily removed from one place to another because they do not require complicated wiring system.


Part 2 will follow ...

04 Oktober 2010

Promosi Pakej Pintar Smart Alarm

Sepanjang bulan Oktober ini, kami menawarkan promosi untuk  Pakej Pintar Smart Alarm System dari Northtronic. Sesiapa yang mengambil pakej ini akan layak mendapat diskaun sebanyak RM 100 daripada harga asal. Tawaran ini hanya sah sehingga akhir bulan Oktober 2010 sahaja. Cepat, jangan ketinggalan.


Pintar Smart Alarm yang mengandungi:



·         GSM-Wireless Alarm System x1
·         Mini Duals Magnet Sensors x5
·         Pet-immune Motion Detector x1
·         Remote Controller Fob x2
·         Power Adapter 15 Vdc 1000 mA x1
·         Rechargeable Li-MH 12 Vdc 1800 mAH x1
Pakej Pintar Smart Alarm
Sesiapa yang berminat, sila berhubung dengan kami di talian 012 6347019 atau 013 3764513. Emel : admin@pintartronik.com.