Iklan

01 Mei 2011

Happy Labour Day

...

21 Januari 2011

Authentication Methods

Electronic locks offer a variety of means of authentication; those described below are not considered exhaustive.
Numerical codes, passwords and passphrases

Perhaps the most prevalent form of electronic lock is that using a numerical code for authentication; the correct code must be entered in order for the lock to deactivate. Such locks typically provide a keypad, and some feature an audible response to each press. Combination lengths are usually between 4 and 6 digits long.

to be continued...

07 Disember 2010

Salam Maal Hijrah

Selamat menyambut Maal Hijrah 1432 daripada Pintartronik Automation

16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam Aidil Adha kami ucapkan kepada seluruh umat Islam di seluruh Malaysia dan dunia, khusus buat pelanggan dan tetamu blog Pintartronik Automation.



08 November 2010

Apakah PTZ Camera?

PTZ adalah singkatan kepada Pan, Tilt dan Zoom.  Kamera ini boleh berpusing ke kiri dan kanan, ke atas dan bawah dan juga boleh membesarkan dan mengecilkan imej. Kamera ini dikawal dengan menggunakan joystick atau komputer dengan menggunakan software tertentu. Gambar di bawah ini adalah salah satu contoh kamera PTZ. Artikel lebih terperinci berkenaan Kamera PTZ akan ditulis pada post akan datang.

PTZ Camera

29 Oktober 2010

Penggunaan CCTV di Kawasan Tertentu

Artikel ini membincangkan bagaimana sistem CCTV itu berguna dan bermanfaat di satu-satu kawasan.

1)  Rumah/Kediaman

Dengan adanya CCTV di kawasan rumah ataupun kediaman, anda dapat memantau dan mengawasi segala apa yang terjadi di sekeliling rumah. Selain itu, sistem ini juga sekarang ini juga digunakan untuk memantau dari jauh keadaan rumah, aktiviti pembantu rumah, babysitter serta pergerakan anak-anak yang berada di dalam rumah.

Selain Alarm, CCTV juga perlu untuk melengkapkan lagi sistem keselamatan rumah


2)  Kedai/Premis Perniagaan

Sistem CCTV berperanan untuk mengawasi dan memantau apa yang berlaku di dalam premis ini. Selain itu ia juga digunakan untuk memantau pekerja serta keadaan kedai secara real time dari jarak jauh. Jika berlaku perkara seperti kehilangan atau kesilapan meletak barangan atau kecurian/rompakan atau apa sahaja berkaitannya, sistem CCTV ini sangat membantu untuk mengesan dan mengimbas kembali peristiwa yang berlaku sebelum itu seperti yang dapat disaksikan video di bawah ini.




3)  Pejabat

Di pejabat, sistem CCTV biasanya digunakan untuk memantau keadaan semasa pejabat dan juga aktiviti kaki tangan di dalam pejabat semasa menjalankan tugas. Dengan adanya sistem ini di pejabat ianya dapat meningkatkan lagi produktiviti kerja di samping berperanan untuk mengimbas kembali sebarang peristiwa jika terjadi sesuatu perkara.



4)  Gudang/Stor

Sistem CCTV di dalam gudang dapat membantu mengesan dan memantau pergerakan keluar masuk barangan serta petugas yang bekerja di dalamnya. Jika terjadi kejadian seperti kehilangan barangan, rompakan, kecurian dan sebagainya, CCTV ini dapat mengesannya. Sistem pemantauan jarak jauh juga membantu untuk membuat tindakan selanjutnya jika terjadi sesuatu perkara apabila dipantau dari jarak jauh.

Pemantaun gudang jarak jauh dengan menggunakan telefon bimbit


5)  Kawasan/Perkarangan

Biasanya CCTV digunakan di kawasan atau perkarangan seperti perkarangan sekolah, jalan-jalan raya utama, dataran dan sebagainya untuk memantau keadaan semasa kawasan tersebut. Di samping itu, jika sesuatu insiden di dalam kawasan pemantauan itu, sistem ini boleh mengimbas kembali kejadian itu dan juga boleh menjadi bukti. Ia juga sedikit sebanyak mampu mengurangkan kejadian jenayah yang tidak diingini.

Penggunaan CCTV di kawasan tumpuan

24 Oktober 2010

Antara Kegunaan CCTV

Di antara kegunaan CCTV adalah untuk memantau dan mengesan sesuatu yang berlaku di dalam premis. Video di bawah adalah salah satu contohnya. Selamat menonton.