Iklan

25 September 2010

Panduan Memilih CCTV

Perkara penting untuk memilih CCTV :

1)  Jenis Kamera CCTV

Jika peruntukan minimum, camera bersensor CMOS adalah pilihan. Sememangnya kualiti gambar lebih rendah jika dibandingkan dengan yg bersensor CCD, namun seringkali gambar yang dihasilkan sudah cukup memadai.

Namun jika mempuyai peruntukan yang lebih, camera bersensor CCD adalah pilihan terbaik kerana kualiti gambarnya lebih tinggi (high resolution).

Berikut adalah standard kualiti/resolusi gambar untuk perbandingan sahaja:

CMOS - Standard Image Quality - 380 TVL
1/4" CCD - High Image quality - 420 TVL
1/3" CCD - Very High Image Quality - 480 TVL

Semakin besar TVL bererti semakin baik dan tajam gambar yang dihasilkan.
1/4" CCD lebih rendah resolusi gambarnya jika dibanding dengan 1/3" CCD, ini kerana lebar bidang sensor 1/3" CCD yang lebih besar, sehingga menghasilkan gambar yang lebih baik dan tajam, namun tentunya harga juga menjadi lebih mahal. Kebanyakan kamera yang berada pasaran pada hari ini adalah jenis CCD



Terdapat faktor lain lagi yang perlu diberi perhatian semasa memilih kamera. Ini akan diterangkan pada artikel akan datang.

2) Jenis DVR

3) Susun Atur Kamera

Berkenaan dengan Jenis DVR dan Susun Atur Kamera akan diterangkan pada artikel akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan